Home Bike Review Modification Riding Guide Event


Selasa, 2 November 2010

UTARA NINJAS--BBQ event 6hb/11/2010

    Salam kpd semua ninja utara dan kawasan sewaktu dgn nya...pada 6hb 11 2010 ninja utara akan mengadakan TTS BBQ di rnr bagan ajam pada jam 7.00pm shingga 1200am..untuk melancarkan lagi program TTS BBQ nie kerjasama anda diperlukan...kepada yg berminat list kan nama anda dan barang2 yg hendak dibawa...

                      BBQ Besday Bro Eman
                    Jam 7.30 pm (lepas maghrib)
                      RNR bagan ajam

Isnin, 11 Oktober 2010

Pasca motoGP ride with Kawasaki

         Alhamdulillah,selesai sudah event ride with Kawasaki..memenatkan.tapi puas,dengan konvoi 300 biji motorsikal Kawasaki..memang event yang must-go untuk tahun depan..

        Group daripada utara menetapkan RV point di RnR Sungai Juru,pada jam 9.00am.saya telah bangun awal untuk RV,pada jam 7 pagi,mandi-manda dan packing barang,saya bergerak dalam jam 8.pukul 8.45 saya sudah tiba di RV point,lapor diri dengan Abg Judane-penghulu utara.Selepas rider2 lain sampai dan bersarapan,kami bertolak pada jam 9.30am.

        Cruising speed santai 130-140kmh,berhenti rehat di RnR simpang pulai pada jam 10.45 untuk mengambil seorang lagi rider,bro ozy.Perjalanan disambung pada jam 11.15.Ada kemalangan melibatkan perodua kembara dan sebuah lagi tak ingat.Teruk.

      Alhamdulillah,tiada sebarang halangan dan cuaca amat baik untuk ride,kami tiba di Sungai Choh,Rawang pada jam 12.30 dan singgah untuk lunch di Restoran Seri Pagi Satu.Selesai lunch,kami bergerak ke rumah saya (acad27).Kemas rumah untuk para riders,yang sudah berkahwin di rumah utama,yang bujang/solo ride di bilik saya(clubhouse) hehehe.pada jam 2.30 rumah sudah boleh di check-in untuk semua riders.

     Para riders,mengambil kesempatan untuk mandi dan memulihkan tenaga,terutama abg hafiz--ninja 250r wst hijau..hehe,merasmikan upacara beradu pada petang itu.

     Pada pukul 4.30pm kami bergerak untuk ke rumah terbuka kak CT TERABUZO--betul ke tak ni ejaan dia..hehe..makan,minum sesuka hati,sebelum itu berjumpa dengan group ninja o-zone,yang lead kami ke rumah kak CT..sesudah rumah terbuka tersebut,kami bergerak untuk ke Mega TTS pra-motoGP.

    Abg Judane kita mendapat surprise party birthday,beliau telah ditepung tawar bersama abg sely dan abg tompoq..hehe..kami daripada group utara beransur pada jam 1.30am(ahad).Semua riders telah tidur dengan nyenyak.

    Ahad-10.10.10,saya terlajak tidur,sepatutnya pukul 6.45am pelru bergerak ke Sam's Corner untuk RV dengan abg zan--penghulu rawang,namun alhamdulillah semua berjalan lancar,sampai ke Titiwangsa dalam jam 8.10am.

   Mendapat briefing,agak ramai yang telah hadir,daftar..terlihat kehadiran Linda Onn menyertai konvoi dengan ER-6n beliau.Konvoi diiringi oleh polis trafik dan beberapa marshall kawasaki.memang seronok sebab jalan telah dikosongkan,laluan telah dibuka dan dijaga rapi oleh marshall2..terima kasih..konvoi agak laju 140kmh-150kmh..cungap juga nak keep up..


   Sampai di area SIC,saya ternampak kelibat Valentino Rossi didalam honda civic,beliau menyorokkan muka di dashboard..hehe..tiba di SIC dalam jam 11.30am,ramai dan sesak..

race

125cc--tak berapa ambil tahu,tapi seronok juga melihat disampng ngantuk dan letih

moto2 600cc--memang mengujakan melihat perlumbaan yang sengit dan bunyi yang amat merdu,disamping Md Zambri Baba yang mendapat peluang beraksi atas tiket 'wild card'..terima kasih kepada beliau kerana mampu memotong beberapa racer moto2 yang permanent..amat terharu saya lihat,beliau membuatkan saya berbanga menjadi anak Malaysia.Tony Elias dinobatkan sebagai juara pertama moto2.

motoGP 800cc--Lorenzo memulakan perlumbaan di pole pertama,stoner terjatuh di turn terakhir,dan tidak menamatkan perlumbaan.Lorenza hanya memerlukan tempat ke 7 untuk diisytiharkan pemenang motoGP 2010.Perlumbaan agak sengit antara Lorenzo dan Dovizioso,manakala Rossi mengejar dari tempat ke 5 tetapi akhirnya berjaya memintas DOvi dan Lorenzo..Lorenzo mendapat tempat ke 3 manakala Dovizioso mendapat tempat kedua dan Rossi juara di Sepang,ini adalah kali terakhir Rossi beraksi dengan Yamaha M1 beliau,kerana selepas Sepang,beliau tidak akan berlumba lagi dan beraksi untuk Ducati pada musim hadapan.Lorenzo ditabalkan world champ motoGP 2010..


    Selesai motoGP kami singgah k e RnR Sungai Buloh untuk mengambil abg tompoq yang ingin turut konvoi ke utara,kami sampai ke Rawang dalam jam 8pm,jalan di Sepang amat sesak.semua rider mandi dan makan,seterusnya bergerak ke utara..rata2 riders sampai ke destinasi masing2 pada jam 1.30-2.00am..

terima kasih kawasaki untuk event yang menarik ini

Rabu, 22 September 2010

10/10/10 motoGP ride to SIC with Kawasaki

       Salam semua, pada tahun ini Kawasaki akan mengadakan konvoi ke perlumbaan motoGP di Sepang, marilah kita sama-sama meramaikan rombongan tersebut.
       Yuran yang dikenakan hanya rm100,percuma baju,makanan/minuman serta tiket grandstand bernilai rm100.Konvoi ini sekali lagi dianjurkan oleh Kawasaki dan ditaja oleh Kawasaki.
       Walaupun pada tahun ini,Kawasaki tidak mengambil bahagian didalam motoGP,tetapi untuk menunjukkan semangat 'Riders' kerana we're not just bikers,we're brothers! tambahan lagi,kita akan meningkatkan imej permotoran di Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan.
       Sesuai dengan tarikh 10/10/10.perlumbaan di SEpang antara event yang ditunggu oleh semua ahli forum,kerana trek tang mencabar selain mendapat pengalaman mendengar bunyi dan keasyikan perlumbaan itu sendiri!

Tunggu apa lagi....cepatlah mendaftar!

Isnin, 16 Ogos 2010

Ride Berbuka Puasa Ninja 250r Utara

     Pada 9hb September ini,akan diadakan ride ke NAS DI BAYVIEW HOTEL,Pulau Pinang.Ride tersebut bertujuan untuk merapatkan ahli forum di samping mengeratkan ukhuwah antara muslim sambil berseronok dengan jentera masing-masing.Peserta akan berkumpul di tempat rendezvous di Caltex,Penang pada jam 1800hrs.Majlis akan berlangsung sehingga jam 2330hrs termasuk aktiviti tarawikh berjemaah.Dianggarkan seramai 200 orang peserta akan menyertai konvoi ini.
 
just ke-lick at me